Minggu, 13 Januari 2013

Bab 10: Menyembelih Binatang Bukan Kerana Allah

Firman Allah s.w.t.:

    “Katakanlah, bahawa sesungguhnya shalatku, penyembelihanku, hidupku dan matiku hanya semata-mata untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu bagiNya, demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)” (QS. Al An'am, 162-163).

    “Maka dirikanlah sholat untuk Rabbmu, dan sembelihlah korban(untukNya)” (QS. Al Kautsar, 2)

    Ali bin Abi Tholib r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku tentang empat perkara:

    "Allah melaknat orang-orang yang menyembelih binatang bukan kerena Allah, Allah melaknat orang-orang yang melaknat kedua orang tuanya, Allah melaknat orang-orang yang melindungi orang yang berbuat kejahatan, dan Allah melaknat orang-orang yang merubah tanda batas tanah" (HR. Muslim)

    Thoriq bin Syihab r.a. menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Ada seseorang yang masuk syurga kerana seekor lalat, dan ada lagi yang masuk neraka kerana seekor lalat pula, para sahabat bertanya: bagaimana itu boleh terjadi ya Rasulullah, Rasul menjawab: "ada dua orang berjalan melalui sekelompok orang yang memiliki berhala, yang mana tidak boleh seorangpun melaluinya kecuali dengan mempersembahkan sembelihan binatang untuknya lebih dahulu, maka mereka berkata kepada salah satu diantara kedua orang tadi: persembahkanlah sesuatu untuknya, ia menjawab: saya tidak mempunyai apapun yang akan saya persembahkan untuknya, mereka berkata lagi: persembahkan untuknya walaupun dengan seekor lalat, maka iapun persembahkan untuknya seekor lalat, maka mereka lepaskan ia untuk meneruskan perjalanannya, dan iapun masuk kedalam neraka kerananya, kemudian mereka berkata lagi pada seseorang yang lain: persembahkalah untuknya sesuatu, ia menjawab: aku tidak akan mempersembahkan sesuatu apapun untuk selain Allah, maka merekapun memenggal lehernya, dan iapun masuk kedalam syurga" (HR. Ahmad).


Kandungan bab ini:

1-Penjelasan tentang makna ayat ...
2-Penjelasan tentang makna ayat ....

3-Orang yang pertama kali dilaknat oleh Allah berdasarkan hadis diatas adalah orang yang menyembelih kerana selain Allah.

4-Dilaknat orang yang melaknat kedua orang tuanya, hal itu boleh terjadi bila ia melaknat kedua orang tua seseorang, lalu orang tersebut melaknat kedua orang tuanya.

5-Dilaknat orang yang melindungi pelaku kajahatan, iaitu orang yang memberikan perlindungan kepada seseorang yang melakukan kejahatan yang wajib diterapkan kepadanya hukum Allah.

6-Dilaknat pula orang yang merubah tanda batas tanah, iaitu merubah tanda yang membezakan antara hak milik seseorang dengan hak milik tetangganya, dengan digeser maju atau mundur.

7-Ada perbezaan antara melaknat orang tertentu dengan melaknat orang-orang ahli maksiat secara umum.

8-Adanya kisah besar dalam hadis ini, iaitu kisah seekor lalat.

9-Masuknya orang tersebut kedalam neraka disebabkan kerana mempersembahkan seekor lalat yang ia sendiri tidak sengaja berbuat demikian, tapi ia melakukan hal tersebut untuk melepaskan diri dari perlakuan buruk para pemuja berhala itu.

10-Mengetahui kadar kemusyrikan yang ada dalam hati orang orang mukmin, bagaimana ketabahan hatinya dalam menghadapi eksekusi hukuman mati dan penolakannya untuk memenuhi permintaan mereka, padahal mereka tidak meminta kecuali amalan lahiriyah saja.

11-Orang yang masuk neraka dalam hadis ini adalah orang Islam, kerana jika ia orang kafir, maka Rasulullah s.a.w. tidak akan bersabda: " … masuk neraka kerana sebab lalat ..."

12-Hadis ini merupakan suatu bukti bagi hadis shoheh yang mengatakan: "Syurga itu lebih dekat kepada seseorang dari pada tali sandalnya sendiri, dan neraka juga demikian"

14-Mengetahui bahawa amalan hati adalah tolok ukur yang sangat penting, walaupun bagi para pemuja berhala.

Bab 9: Mengharapkan Berkah Dari Pepohonan, Bebatuan Atau Yang Sejenisnya

Firman Allah s.w.t.:

    “Maka apakah patut kalian (hai orang-orang musyrik) menganggap Al lata dan Al Uzza dan Manat yang ketiga, [27]. Apakah (patut) untuk kamu (anak) laki- laki dan untuk Allah (anak) perempuan? yang demikian itu tentulah suatu pembahagian yang tidak adil. Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang diada-adakan oleh kamu dan bapa-bapa kamu; Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun untuk (menyembah)nya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan sangkaan dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka; padahal sesungguhnya tidak datang kepada mereka petunjuk dari Tuhan mereka.” (QS. An najm, 19 - 23)

    Abi Waqid Al Laitsi menuturkan:

    "Suatu saat kami keluar bersama Rasulullah menuju Hunain, sedangkan kami dalam keadaan baru saja lepas dari kekafiran (masuk Islam), disaat itu orang-orang musyrik memiliki sebatang pohon bidara yang dikenal dengan dzatu anwath, mereka selalu mendatanginya dan menggantungkan senjata-senjata perang mereka pada pohon tersebut, disaat kami sedang melalui pohon bidara tersebut, kami berkata: "ya Rasulullah, buatkanlah untuk kami dzat anwath sebagaimana mereka memilikinya". Maka Rasulullah s.a.w. menjawab:

    "Allahu Akbar, itulah tradisi (orang orang sebelum kalian) demi Allah yang jiwaku ada di tanganNya, kalian benar-benar telah mangatakan suatu perkataan seperti yang dikatakan oleh Bani Israel kepada Musa: "buatkanlah untuk kami sesembahan sebagaimana mereka memiliki sesembahan, Musa menjawab: sungguh kalian adalah kaum yang tidak mengerti (faham)" kalian pasti akan mengikuti tradisi orang orang sebelum kalian." (HR. Turmudzi, dan dinyatakan shoheh olehnya)


Kandungan dalam bab ini:

1-Penjelasan tentang ayat yang terdapat dalam surah An najm[28].

2-Mengetahui bentuk permintaan mereka[29].

3-Mereka belum melakukan apa yang mereka minta.

4-Mereka melakukan itu semua untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah, kerana mereka beranggapan bahawa Allah menyukai perbuatan itu.

5-Apabila mereka tidak mengerti hal ini, maka selain mereka lebih tidak mengerti lagi.

6-Mereka memiliki kebaikan-kebaikan dan jaminan maghfirah (untuk diampuni) yang tidak dimiliki oleh orang-orang selain mereka.

7-Nabi Muhammad s.a.w. tidak menerima argumentasi mereka, bahkan menyanggahnya dengan sabdanya: "Allahu Akbar, sungguh itu adalah tradisi orang-orang sebelum kalian dan kalian akan mengikuti mereka". Beliau bersikap keras terhadap permintaan mereka itu dengan ketiga kalimat ini.

8-Satu hal yang sangat penting adalah pemberitahuan dari Rasulullah s.a.w. bahawa permintaan mereka itu persis seperti permintaan bani israil kepada nabi Musa: "buatkanlah untuk kami sesembahan sebagaimana mereka mempunyai sesembahan sesembahan …"

9-Pengingkaran terhadap hal tersebut adalah termasuk diantara pengertian “la Ilaha Illallah” yang sebenarnya, yang belum difahami oleh mereka yang baru masuk Islam.

10-Rasulullah s.a.w. menggunakan sumpah dalam menyampaikan petunjuknya, dan beliau tidak berbuat demikian kecuali untuk kemaslahatan.

11-Syirik itu ada yang besar dan ada yang kecil, buktinya mereka tidak dianggap murtad dengan permintaannya itu.

12-Perkataan mereka "…sedang kami dalam keadaan baru saja lepas dari kekafiran (masuk islam) …" menunjukan bahawa para sahabat yang lain mengerti bahawa perbuatan mereka termasuk syirik.

13-Diperbolehkan bertakbir ketika merasa hairan, atau mendengar sesuatu yang tidak patut diucapkan dalam agama, berlainan dengan pendapat orang yang menganggapnya makruh.

14-Diperintahkan menutup pintu yang menuju kemusyrikan.

15-Dilarang meniru dan melakukan suatu perbuatan yang menyerupai perbuatan orang-orang jahiliyah.

16-Boleh marah ketika menyampaikan pelajaran.

17-Kaedah umum, bahawa diantara umat ini ada yang mengikuti tradisi-tradisi umat sebelumnya, berdasarkan Sabda Nabi "itulah tradisi orang orang sebelum kamu … dst"

18-Ini adalah salah satu dari tanda kenabian Nabi Muhammad, kerana terjadi sebagaimana yang beliau ceritakan.

19-Celaan Allah yang ditujukan kepada orang yahudi dan nasrani, yang terdapat dalam Al Qur'an berlaku juga untuk kita.

20-Sudah menjadi ketentuan umum dikalangan para sahabat, bahawa ibadah itu harus berdasarkan perintah Allah[bukan mengikuti keinginan, fikiran atau hawa nafsu sendiri]. Dengan demikian, hadis tersebut di atas mengandungi suatu isyarat tentang hal-hal yang akan ditanyakan kepada manusia di alam kubur. Adapun "Siapakah Tuhanmu?", sudah jelas; sedangkan "Siapakah Nabimu?" berdasarkan keterangan masalah-masalah ghoib yang beliau beritakan akan terjadi; dan "apakah agamamu?" berdasarkan pada ucapan mereka: "buatkanlah untuk kami sesembahan sebagaimana mereka itu mempunyai sesembahan sesembahan … dst"

21-Tradisi orang-orang ahli kitab itu tercela seperti tradisinya orang-orang musyrik.

22-Orang yang baru saja pindah dari tradisi-tradisi batil yang sudah menjadi kebiasaan dalam dirinya, tidak dapat dipastikan secara mutlak bahawa dirinya terbebas dari sisa-sisa tradisi tersebut, sebagai buktinya mereka mengatakan: " kami baru saja masuk islam" dan merekapun belum terlepas dari tradisi tradisi kafir, kerana kenyataannya mereka meminta dibuatkan Dzatu Anwath sebagaimana yang dipunyai oleh kaum musyrikin.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[27] Al Lata, Al Uzza dan Manat adalah nama berhala berhala yang dipuja orang arab jahiliyah dan dianggapnya sebagai anak anak perempuan Allah.

[28] Dalam ayat ini, Allah s.w.t. menyangkal tindakan kaum musyrikin yang tidak rasional, kerana mereka menyembah ketiga berhala tersebut yang tidak dapat mendatangkan manfaat dan tidak pula dapat menolak madlarat. Dan Allah mencela tindakan zalim mereka dengan memilih untuk diri mereka jenis yang baik dan memberikan untuk Allah jenis yang buruk dalam anggapan mereka. Tindakan mereka itu semua hanyalah berdasarkan sangkaan sangkaan dan hawa nafsu, tidak berdasarkan pada tuntunan para Rasul yang mengajak umat manusia untuk beribadah hanya kepada Allah dan tidak beribadah kepada selainNya.

[29] Iaitu : mereka meminta dibuatkan Dzatu Ansath sebagaimana yang dimiliki oleh kaum musyrikin, untuk diharapkan berkahnya.

Bab 8: Ruqyah Dan Tamimah

Diriwayatkan dalam shoheh Bukhori dan Muslim bahawa Abu Basyir Al Anshori r.a. bahawa dia pernah bersama Rasulullah s.a.w. dalam suatu perjalanan, lalu beliau mengutus seorang utusan untuk menyampaikan pesanan:

     "Agar tidak terdapat lagi dileher unta kalung dari tali busur panah atau kalung apapun harus diputuskan.

    Ibnu Mas'ud r.a. menuturkan: aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Sesungguhnya Ruqyah, Tamimah dan Tiwalah adalah syirik."(HR. Ahmad dan Abu Dawud)

    TAMIMAH adalah sesuatu yang dikalungkan di leher anak-anak untuk menangkal dan menolak penyakit 'ain. Jika yang dikalungkan itu berasal dari ayat-ayat Al Qur'an, sebahagian ulama salaf memberikan keringanan dalam hal ini; dan sebahagian yang lain tidak memperbolehkan dan melarangnya, diantaranya Ibnu Mas'ud r.a. [24].

    RUQYAH[25] iaitu: yang disebut juga dengan istilah Ajimat. Ini diperbolehkan apabila penggunaannya bersih dari hal hal syirik, kerana Rasulullah s.a.w. telah memberikan keringanan dalam hal ruqyah ini untuk mengubati 'ain atau sengatan kalajengking.

    TIWALAH adalah sesuatu yang dibuat dengan anggapan bahawa hal tersebut dapat menjadikan seorang isteri mencintai suaminya, atau seorang suami mencintai isterinya.

    Dalam hadis marfu' dari Abdullah bin 'Ukaim Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Barang siapa yang menggantungkan sesuatu (dengan anggapan bahawa barang tersebut bermanfaat atau dapat melindungi dirinya) maka Allah akan menjadikan orang tersebut selalu bergantung kepadanya." (HR. Ahmad dan At Turmudzi)

    Imam Ahmad meriwayatkan dari Ruwaifi' r.a. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepadanya:

    "Hai Ruwaifi', semoga engkau berumur panjang, oleh kerana itu sampaikanlah kepada orang orang bahawa barang siapa yang menggulung janggutnya, atau memakai kalung dari tali busur panah, atau bersuci dari buang air dengan kotoran binatang atau tulang, maka sesungguhnya Muhmmad berlepas diri dari orang tersebut".

    Waki' meriwayatkan bahawa Said bin zubair r.a. berkata:

    "Barang siapa yang memotong tamimah dari seseorang maka tindakannya itu sama dengan memerdekakan seorang hamba."

    Dan waki' meriwayatkan pula bahawa Ibrahim (An Nakho'i) berkata: "mereka (para sahabat) membenci segala jenis tamimah, baik dari ayat ayat Al Qur'an mahupun bukan dari ayat ayat Al Qur'an."


Kandungan bab ini:

1-Pengertian ruqyah dan tamimah.

2-Pengertian tiwalah.

3-Ketiga hal diatas merupakan bentuk syirik dengan tanpa pengecualian.

4-Adapun ruqyah dengan menggunakan ayat ayat Al Qur'an atau do'a-do'a yang telah diajarkan oleh Rasulullah untuk mengubati penyakit 'ain, sengatan serangga atau yang lainnya, maka tidak termasuk syirik.

5-Jika tamimah itu terbuat dari ayat-ayat Al Qur'an, dalam hal ini para ulama berbeza pendapat, apakah termasuk ruqyah yang diperbolehkan atau tidak?

6-Mengalungkan tali busur panah pada leher binatang untuk mengusir penyakit 'ain, termasuk syirik juga.

7-Ancaman berat bagi orang yang mengalungkan tali busur panah dengan maksud dan tujuan diatas.

8-Besarnya pahala bagi orang yang memutus tamimah dari tubuh seseorang.

9-Kata-kata Ibrahim An Nakhoi tersebut di atas, tidaklah bertentangan dengan perbezaan pendapat yang telah disebutkan, sebab yang dimaksud Ibrahim di sini adalah sahabat sahabat Abdullah bin mas'ud[26].

_____________________________________

Catatan Kaki:

[24] Tamimah dari ayat Al Qur'an dan Al Hadis lebih baik ditinggalkan, kerana tidak ada dasarnya dari syara' ; bahkan hadis yang melarangnya bersifat umum, tidak seperti halnya ruqyah, ada hadis lain yang membolehkan. Di samping itu apabila dibiarkan atau diperbolehkan akan membuka peluang untuk menggunakan tamimah yang haram.

[25] Ruqyah : penyembuhan suatu penyakit dengan pembacaan ayat ayat suci Al Qur'an, atau doa doa.

[26] Sahabat Abdullah bin Mas'ud antara lain : Alqomah, Al Aswad, Abu Wail, Al Harits bin Suwaid, 'Ubaidah As Salmani, Masruq, Ar Rabi' bin Khaitsam, Suwaid bin ghoflah. Mereka ini adalah tokoh generasi tabiin.

Bab 7: Memakai Gelang Dan Sejenisnya Untuk Menangkal Bahaya Adalah Perbuatan Syirik

Memakai gelang dan sejenisnya untuk menangkal bahaya adalah perbuatan syirik[20].

    Firman Allah s.w.t.:

    “Katakanlah (hai Muhammad kepada orang-orang musyrik): terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu seru selain Allah, jika Allah hendak mendatangkan kemadhoratan kepadaku, apakah berhala berhala itu dapat menghilangkan kemadhorotan itu?, atau jika Allah menghendaki untuk melimpahkan suatu rahmat kepadaku apakah mereka mampu menahan rahmatNya?, katakanlah: cukuplah Allah bagiku, hanya kepadaNyalah orang orang yang berserah diri bertawakkal.” (QS. Az zumar, 38)

    Imron bin Husain r.a. menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang laki-laki memakai gelang yang terbuat dari kuningan, kemudian beliau bertanya:

    "Apakah itu?", orang laki-laki itu menjawab: "gelang penangkal penyakit", lalu Nabi bersabda: "lepaskan gelang itu, kerana sesungguhnya ia tidak akan menambah kecuali kelemahan pada dirimu, dan jika kamu mati sedangkan gelang ini masih ada pada tubuhmu maka kamu tidak akan beruntung selama lamanya."(HR. Ahmad dengan sanad yang dapat diterima)

    Di riwayatkan oleh Imam Ahmad pula dari Uqbah bin Amir, dalam hadis yang marfu', Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Barang siapa yang menggantungkan tamimah[21] maka Allah tidak akan mengabulkan keinginannya, dan barang siapa yang menggantungkan Wada'ah[22] maka Allah tidak akan memberikan ketenangan kepadanya" dan dalam riwayat yang lain Rasul bersabda: "Barang siapa yang menggantungkan tamimah maka ia telah berbuat kemusyrikan".

    Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Hudzaifah bahawa ia melihat seorang laki-laki yang ditangannya ada benang untuk mengubati sakit panas, maka dia putuskan benang itu seraya membaca firman Allah s.w.t.:

    “Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah, melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sesembahan sesembahan lain).” (QS. Yusuf, 106).


Kandungan bab ini:

1-Larangan keras memakai gelang , benang dan sejenisnya untuk tujuan-tujuan seperti tersebut diatas.

2-Dikatakan bahawa sahabat Nabi tadi apabila mati sedangkan gelang (atau sejenisnya) itu masih melekat pada tubuhnya, maka ia tidak akan beruntung selamanya, ini menunjukkan kebenaran pernyataan para sahabat bahawa syirik kecil itu lebih berat dari pada dosa besar.

3-Syirik tidak dapat dimaafkan dengan alasan tidak mengerti.

4-Gelang, benang dan sejenisnya tidak berguna untuk menangkal atau mengusir suatu penyakit, bahkan ia boleh mendatangkan bahaya, seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.: "… kerana dia hanya akan menambah kelemahan pada dirimu".

5-Wajib mengingkari orang orang yang melakukan perbuatan di atas.

6-Penjelasan bahawa orang yang menggantungkan sesuatu dengan tujuan di atas, maka Allah akan menjadikan orang tersebut memiliki ketergantungan pada barang tersebut.

7-Penjelasan bahawa orang yang menggantungkan tamimah telah melakukan perbuatan syirik.

8-Mengikatkan benang pada tubuh untuk mengubati penyakit panas adalah bahagian dari syirik.

9-Pembacaan ayat di atas oleh Hudzaifah menunjukkan bahawa para sahabat menggunakan ayat-ayat yang berkaitan dengan syirik akbar sebagai dalil untuk syirik ashghor, sebagaimana penjelasan yang disebutkan oleh Ibnu Abbas dalam salah satu ayat yang ada dalam surah Al Baqarah[23].

10-Menggantungkan Wada'ah untuk mengusir atau menangkal penyakit, termasuk syirik.

11-Orang yang menggantungkan tamimah didoakan: "semoga Allah tidak akan mengabulkan keinginannya" dan orang yang menggantungkan wadaah didoakan: "semoga Allah tidak memberikan ketenangan pada dirinya."

_____________________________________

Catatan Kaki:

[20] Dimulai dengan bab ini, penulis hendak menerangkan lebih lanjut tentang pengertian tauhid dan syahadat "La Ilaha Illallah", dengan menyebutkan hal hal yang bertentangan dengannya, iaitu : syirik dan macam macamnya, baik yang akbar mahupun yang ashghor, kerana dengan mengenal syirik sebagai lawan tauhid akan jelas sekali pengertian yang sebenarnya dari tauhid dan syahadat "La Ilah Illah".

[21] Tamimah : sesuatu yang dikalungkan di leher anak anak sebagai penangkal atau pengusir penyakit, pengaruh jahat yang disebabkan oleh rasa dengki seseorang, dan lain sebagainya.

[22] Wada'ah : sesuatu yang diambil dari laut, menyerupai rumah kerang ; menurut anggapan orang orang jahiliyah dapat digunakan sebagai penangkal penyakit. Termasuk dalam pengertian ini adalah jimat.

[23] Penjelasan Ibnu Abbas ini akan disebutkan dalam bab 42

Bab 6: Penjelasan Tentang Makna Tauhid Dan Syahadat "La Ilaha Illallah"

Firman Allah s.w.t.:

    “Orang orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada tuhan mereka, siapa diantara mereka yang lebih dekat (kepada Allah), dan mereka mengharapkan rahmatNya serta takut akan siksaNya; sesungguhnya siksa Tuhanmu adalah sesuatu yang (harus) ditakuti.” (QS. Al Isra', 57)

    “Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapa dan kaumnya: sesungguhnya aku membebaskan diri dari apa yang kalian sembah, kecuali (Allah) Dzat yang telah menciptakan aku, kerana hanya Dia yang akan menunjukkan (kepada jalan kebenaran).” (QS. Az zukhruf, 26-27).

    “Mereka menjadikan orang-orang alim dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah, dan (mereka mempertaruhkan pula) Al Masih putera Maryam; padahal mereka itu tiada lain hanyalah diperintahkan untuk beribadah kepada satu sembahan, tiada sembahan yang haq selain Dia. Maha suci Allah dari perbuatan syirik mereka.” (QS. Al Taubah, 31).

    “Diantara sebahagian manusia ada yang menjadikan tuhan-tuhan tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, adapun orang-orang yang beriman lebih besar cintanya kepada Allah.” (QS. Al Baqarah, 165).

    Diriwayatkan dalam Shoheh Muslim, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Barang siapa yang mengucapkan “la Ilaha Illallah”, dan mengingkari sesembahan selain Allah, maka haramlah harta dan darahnya, adapun perhitungannya adalah terserah kepada Allah".

    Keterangan tentang bab ini akan dipaparkan pada bab-bab berikutnya.

    Adapun kandungan bab ini menyangkut masalah yang paling besar dan paling mendasar, iaitu pembahasan tentang makna tauhid dan syahadat.

    Masalah tersebut telah diterangkan oleh bab ini dengan beberapa hal yang cukup jelas, antara lain:

    1-Ayat dalam surah Al Isra'. Diterangkan dalam ayat ini sanggahan terhadap orang-orang musyrik, yang memohon kepada orang-orang yang soleh, oleh kerana itu, ayat ini mengandungi suatu penjelasan bahawa perbuatan mereka itu adalah syirik besar[18].

    2-Ayat dalam surah At taubah. Diterangkan dalam ayat ini bahawa orang-orang ahli kitab telah menjadikan orang-orang alim dan pendeta pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah, dan dijelaskan pula bahawa mereka hanya diperintahkan untuk menyembah kepada satu sesembahan, dan menurut penafsiran yang sebenarnya mereka itu hanya diperintahkan untuk taat kepadanya dalam hal-hal yang tidak bermaksiat kepada Allah, dan tidak berdoa kepadanya.

    3-Kata-kata Nabi Ibrahim a.s. kepada orang-orang kafir: "sesungguhnya saya berlepas diri dari apa yang kalian sembah, kecuali (saya hanya menyembah) Dzat yang menciptakanku".

    Di sini beliau mengecualikan Allah dari segala sesembahan.

    Pembebasan (dari segala sembahan yang batil) dan pernyataan setia (kepada sembahan yang haq, iaitu: Allah) adalah makna yang sebenarnya dari syahadat “la Ilaha Illallah”.

    Allah s.w.t. berfirman:

    “Dan Nabi Ibrahim menjadikan kalimat syahadat ini kalimat yang kekal pada keturunannya, agar mereka ini kembali (kepada jalan yang benar).” (QS. Az Zukhruf, 28)

    4-Ayat dalam surah Al Baqarah yang berkenaan dengan orang-orang kafir, yang dikatakan oleh Allah dalam firmanNya:

    “Dan mereka tidak akan dapat keluar dari neraka.”

    Disebutkan dalam ayat tersebut, bahawa mereka menyembah tandingan tandingan selain Allah, iaitu dengan mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai kecintaan yang besar kepada Allah, meskipun demikian kecintaan mereka ini belum boleh memasukkan mereka kedalam agama Islam[19].

    Lalu bagaimana dengan mereka yang cintanya kepada sesembahan selain Allah itu lebih besar dari cintanya kepada Allah?

    Lalu bagaimana lagi orang-orang yang cuma hanya mencintai sesembahan selain Allah, dan tidak mencintai Allah?

    5-Sabda Rasulullah s.a.w.:

    "Barang siapa yang mengucapkan “la Ilaha Illallah”, dan mengingkari sesembahan selain Allah, maka haram darah dan hartanya, sedangkan perhitungannya kembali kepada Allah".

    Ini adalah termasuk hal yang penting sekali yang menjelaskan pengertian “la Ilaha Illallah”. Sebab apa yang dijadikan Rasulullah sebagai pelindung darah dan harta bukanlah sekadar mengucapkan kalimat itu dengan lisan atau memahami erti dan lafadznya, atau mengetahui akan kebenarannya, bahkan bukan pula kerana tidak meminta kecuali kepada Allah saja, yang tiada sekutu bagiNya, akan tetapi harus disertai dengan tidak adanya penyembahan kecuai hanya kepadaNya.

    Jika dia masih ragu atau bimbang, maka belumlah haram dan terlindung harta dan darahnya.

    Betapa besar dan pentingnya penjelasan makna “la Ilaha Illallah” yang termuat dalam hadis ini, dan betapa jelasnya keterangan yang dikemukakannya, dan kuatnya argumentasi yang diajukan bagi orang-orang yang menentangnya.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[18] Dapat diambil kesimpulan dari ayat dalam surat Al Isra' tersebut bahawa makna tauhid dan syahadat "La Ilaha Illallah" iaitu : meninggalkan apa yang dilakukan oleh orang orang musyrik, seperti menyeru (memohon) kepada orang orang soleh dan meminta syafaat mereka.

[19] Dari ayat dalam surat Al baqoroh tersebut diambil kesimpulan bahawa penjelasan makna tauhid dan syahadat "La Ilaha Illallah" iaitu : pemurnian kepada Allah yang diiringi dengan rasa rendah diri dan penghambaan hanya kepadaNya.

Bab 5: Dakwah Kepada Syahadat " La Ilaha Ill Allah"

Firman Allah s.w.t.:

    “Katakanlah: "inilah jalan (agama) ku, aku dan orang orang yang mengikutiku, aku berda'wah kepada Allah dengan hujjah yang nyata, maha suci Allah, dan aku tidak termasuk orang orang yang musyrik.” (QS. Yusuf, 108)

    Ibnu Abbas r.a. berkata: ketika Rasulullah s.a.w. mengutus Muadz bin Jabal ke Yaman beliau bersabda kepadanya:

    "Sungguh kamu akan mendatangi orang-orang ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) maka hendaklah pertama kali yang harus kamu sampaikan kepada mereka adalah syahadat La Ilaha Illallah - dalam riwayat yang lain disebutkan "supaya mereka mentauhidkan Allah"-, jika mereka mematuhi apa yang kamu da'wahkan, maka sampaikan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka sholat lima waktu dalam sehari semalam, jika mereka telah mematuhi apa yang telah kamu sampaikan, maka sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka zakat, yang diambil dari orang-orang kaya diantara mereka dan diberikan pada orang-orang yang fakir. Dan jika mereka telah mematuhi apa yang kamu sampaikan, maka jauhkanlah dirimu dari harta pilihan mereka, dan takutlah kamu dari doanya orang orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya tidak ada tabir penghalang antara doanya dan Allah" (HR. Bukhori dan Muslim).

    Dalam hadis yang lain, Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan dari Sahl bin Sa'd r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. disaat perang khaibar bersabda:

    "Sungguh akan aku serahkan bendera (komando perang) ini besok pagi kepada orang yang mencintai Allah dan RasulNya, dan dia dicintai oleh Allah dan RasulNya, Allah akan memberikan kemenangan dengan sebab kedua tangannya", maka semalam suntuk para sahabat memperbincangkan siapakah diantara mereka yang akan diserahi bendera itu, di pagi harinya mereka mendatangi Rasulullah s.a.w.,. masing masing berharap agar ia yang diserahi bendera tersebut, maka saat itu Rasul bertanya: "di mana Ali bin Abi Tholib?, mereka menjawab: dia sedang sakit pada kedua matanya, kemudian mereka mengutus orang untuk memanggilnya, dan datanglah ia, kemudian Rasul meludahi kedua matanya, seketika itu dia sembuh seperti tidak pernah terkena penyakit, kemudian Rasul menyerahkan bendera itu kepadanya dan bersabda: "melangkahlah engkau kedepan dengan tenang hingga engkau sampai ditempat mereka, kemudian ajaklah mereka kepada Islam[15], dan sampaikanlah kepada mereka akan hak hak Allah dalam Islam, maka demi Allah, sungguh Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab kamu itu lebih baik dari unta-unta yang merah" [16].


Kandungan bab ini:

1-Dakwah kepada " La Ilaha Illallah" adalah jalannya orang orang yang setia mengikuti Rasulullah s.a.w..

2-Peringatan akan pentingnya ikhlas [dalam berdakwah semata mata kerana Allah], sebab kebanyakan orang kalau mengajak kepada kebenaran, justeru mereka mengajak kepada [kepentingan] dirinya sendiri.

3-Mengerti betul akan apa yang didakwahkan adalah termasuk kewajipan.

4-Termasuk bukti kebaikan tauhid, bahawa tauhid itu mengagungkan Allah.

5-Bukti kejelekan syirik, bahawa syirik itu merendahkan Allah.

6-Termasuk hal yang sangat penting adalah menjauhkan orang Islam dari lingkungan orang orang musyrik, agar tidak menjadi seperti mereka, walaupun dia belum melakukan perbuatan syirik.

7-Tauhid adalah kewajipan pertama.

8-Tauhid adalah yang harus didakwahkan pertama kali sebelum mendakwahkan kewajipan yang lain termasuk sholat.

9-Pengertian "supaya mereka mentauhidkan Allah" adalah pengertian syahadat.

10-Seseorang terkadang termasuk ahli kitab, tapi ia tidak tahu pengertian syahadat yang sebenarnya, atau ia memahami namun tidak mengamalkannya.

11-Peringatan akan pentingnya sistem pengajaran dengan bertahap.

12-Iaitu dengan diawali dari hal yang sangat penting kemudian yang penting dan begitu seterusnya.

13-Salah satu sasaran pembahagian zakat adalah orang fakir.

14-Kewajipan orang yang berilmu adalah menjelaskan tentang sesuatu yang masih diragukan oleh orang yang belajar.

15-Dilarang mengambil harta yang terbaik dalam penarikan zakat.

16-Menjaga diri dari berbuat dzolim terhadap seseorang.

17-Pemberitahuan bahawa do'a orang yang teraniaya itu dikabulkan.

18-Diantara bukti tauhid adalah ujian yang dialami oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat, seperti kesulitan, kelaparan mahupun wabah penyakit.

19-Sabda Rasulullah s.a.w.: "Demi Allah akan aku serahkan bendera …" adalah salah satu dari tanda-tanda kenabian beliau.

20-Kesembuhan kedua mata Ali, setelah diludahi Rasulullah adalah salah satu dari tanda tanda kenabian beliau.

21-Keutamaan sahabat Ali bin Abi Tholib r.a..

22-Keutamaan para sahabat Rasul, [kerana hasrat mereka yang besar sekali dalam kebaikan dan sikap mereka yang senantiasa berlumba lumba dalam mengerjakan amal soleh] ini dapat dilihat dari perbincangan mereka dimalam [menjelang perang Khaibar, tentang siapakah diantara mereka yang akan diserahi bendera komando perang, masing-masing mereka menginginkan agar dirinyalah yang menjadi orang yang memperoleh kehormatan itu].

23-Kewajipan mengimani takdir Allah, kerana bendera tidak diserahkan kepada orang yang sudah berusaha, malah diserahkan kepada orang yang tidak berusaha untuk memperolehnya.

24-Adab di dalam berjihad, sebagaimana yang terkandung dalam sabda Rasul: "berangkatlah engkau dengan tenang".

25-Disyariatkan untuk mendakwahi musuh sebelum memeranginya.

26-Syariat ini berlaku pula terhadap mereka yang sudah pernah didakwahi dan diperangi sebelumnya.

27-Dakwah harus dilaksanakan dengan bijaksana, sebagaimana yang diisyaratkan dalam sabda Nabi: "… dan sampaikanlah kepada mereka tentang hak hak Allah dalam Islam yang harus dilakukan".

28-Wajib mengenal hak hak Allah dalam Islam[17].

29-Kemuliaan dakwah, dan besarnya pahala bagi orang yang dapat memasukkan seorang saja kedalam Islam.

30-Diperbolehkan bersumpah dalam menyampaikan petunjuk.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[15] Ajaklah mereka kepada Islam, iaitu kepada pengertian yang sebenarnya dari kedua kalimat syahadat, iaitu : berserah diri kepada Allah, lahir dan batin, dengan mentaati segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, yang disampaikan melalui RasulNya.

[16] unta unta merah adalah harta kekayaan yang sangat berharga dan menjadi kebanggaan orang arab pada masa itu.

[17] Hak Allah dalam Islam yang wajib dilaksanakan ialah seperti sholat, zakat, puasa, haji dan kewajiban kewajiban lainnya.

Bab 4: Takut Kepada Syirik

Firman Allah s.w.t.:

    “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya.” (QS. An Nisa', 48)

    Nabi Ibrahim berkata:

    “……. Dan jauhkanlah aku dan anak cucuku dari perbuatan (menyembah) berhala.” (QS. Ibrahim, 35)

    Diriwayatkan dalam suatu hadis, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Sesuatu yang paling aku khuwatirkan dari kamu kalian adalah perbuatan syirik kecil, kemudian beliau ditanya tentang itu, dan beliaupun menjawab: iaitu riya"(HR. Ahmad, Thobroni dan Abi Dawud).

    Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Barang siapa yang mati dalam keadaan menyembah sesembahan selain Allah, maka masuklah ia kedalam neraka" (HR. Bukhori)

    Diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Barang siapa yang menemui Allah (mati) dalam keadaan tidak berbuat syirik kepadaNya, pasti ia masuk syurga, dan barang siapa yang menemuiNya (mati) dalam keadaan berbuat kemusyrikan maka pasti ia masuk neraka".

   
Kandungan bab ini:

1-Syirik adalah perbuatan dosa yang harus ditakuti dan dijauhi.

2-Riya' termasuk perbuatan syirik.

3-Riya' termasuk syirik kecil[14].

4-Riya' adalah dosa yang paling ditakuti oleh Rasulullah terhadap orang orang soleh.

5-Dekatnya syurga dan neraka.

6-Dekatnya syurga dan neraka telah sama-sama disebutkan dalam satu hadis.

7-Barang siapa yang mati tidak dalam kemusyrikan maka pasti ia masuk syurga, dan barang siapa yang mati dalam kemusyrikan maka pasti ia masuk neraka, meskipun ia termasuk orang yang banyak ibadahnya.

8-Hal yang sangat penting adalah permohonan Nabi Ibrahim untuk dirinya dan anak cucunya agar dijauhkan dari perbuatan menyembah berhala.

9-Nabi Ibrahim mengambil ibrah (pelajaran) dari keadaan sebahagian besar manusia, bahawa mereka itu adalah sebagaimana perkataan beliau: “Ya Rabb, sesungguhnya berhala berhala itu telah menyesatkan ramai orang” (QS. Ibrahim, 36).

10-Dalam bab ini mengandungi penjelasan tentang makna “la Ilaha Illallah” sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhori, [iaitu: pembersihkan diri dari syirik dan pemurnian ibadah kepada Allah].

11-Keutamaan orang yang dirinya bersih dari kemusyrikan.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[14] Syirik ada dua macam : pertama : syirik akbar (besar) iaitu memperlakukan sesuatu selain Allah sama dengan Allah, dalam hal hal yang merupakan hak khusus bagiNya. Kedua : syirik ashghor (kecil), iaitu : perbuatan yang disebutkan dalam Al Qur'an dan Al hadis sebagai suatu syirik, tetapi belum sampai ke tingkat syirik akbar. Adapun perbezaan diantara keduanya :

a. Syirik akbar menghapuskan seluruh amal, sedang syirik kecil hanya menghapuskan amal yang disertainya saja.
b. Syirik akbar mengakibatkan pelakunya kekal di dalam neraka, sedang syirik kecil tidak sampai demikian.
c. Syirik akbar menjadikan pelakunya keluar dari Islam, sedang syirik kecil tidak menyebabkan keluar dari Islam

Bab 3: Mengamalkan Tauhid Dengan Sebenar Benarnya Dapat Menyebabkan Masuk Syurga Tanpa Hisab

Firman Allah s.w.t.:

    “Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan hanif (berpegang teguh pada kebenaran), dan sekali kali ia bukanlah termasuk orang orang yang mempersekutukan(Tuhan)” (QS, An Nahl, 120)

    “Dan orang orang yang tidak mempersekutukan dengan Robb mereka (sesuatu apapun).” (QS. Al Mu'minun, 59)

    Husain bin Abdurrahman berkata: "Suatu ketika aku berada di sisi Said bin Zubair, lalu ia bertanya: "siapa diantara kalian melihat bintang yang jatuh semalam?, kemudian aku menjawab: " aku ", kemudian kataku: " ketahuilah, sesungguhnya aku ketika itu tidak sedang melaksanakan sholat, kerana aku disengat kalajengking", lalu ia bertanya kepadaku: "lalu apa yang kau lakukan?", aku menjawab: "aku minta di ruqyah[10]", ia bertanya lagi: "apa yang mendorong kamu melakukan hal itu?", aku menjawab: "iaitu: sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Asy Sya'by kepada kami", ia bertanya lagi: "dan apakah hadis yang dituturkan kepadamu itu?", aku menjawab: "dia menuturkan hadis kepada kami dari Buraidah bin Hushaib:

    "Tidak boleh Ruqyah kecuali kerana ain[11] atau terkena sengatan".

    Said pun berkata: "sungguh telah berbuat baik orang yang telah mengamalkan apa yang telah didengarnya, tetapi Ibnu Abbas menuturkan hadis kepada kami dari Rasulullah s.a.w., beliau bersabda:

    "Telah diperlihatkan kepadaku beberapa umat, lalu aku melihat seorang Nabi, bersamanya sekelompok orang, dan seorang Nabi, bersamanya satu dan dua orang saja, dan Nabi yang lain lagi tanpa ada seorangpun yang menyertainya, tiba tiba diperlihatkan kepadaku sekelompok orang yang banyak jumlahnya, aku menyangka bahawa mereka itu umatku, tetapi dikatakan kepadaku: bahawa mereka itu adalah Musa dan kaumnya, tiba tiba aku melihat lagi sekelompok orang yang lain yang jumlahnya sangat besar, maka dikatakan kepadaku: mereka itu adalah umatmu, dan bersama mereka ada 70 000 (tujuh puluh ribu) orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa disiksa lebih dahulu, kemudian beliau bangkit dan masuk ke dalam rumahnya, maka orang orang pun memperbincangkan tentang siapakah mereka itu?, ada diantara mereka yang berkata: barangkali mereka itu orang orang yang telah menyertai Nabi dalam hidupnya, dan ada lagi yang berkata: barang kali mereka itu orang orang yang dilahirkan dalam lingkungan Islam hingga tidak pernah menyekutukan Allah dengan sesuatupun, dan yang lainnya menyebutkan yang lain pula.

    Kemudian Rasulullah s.a.w. keluar dan merekapun memberitahukan hal tersebut kepada beliau. Maka beliau bersabda: "Mereka itu adalah orang-orang yang tidak pernah minta ruqyah, tidak melakukan tathoyyur[12] dan tidak pernah meminta lukanya ditempeli besi yang dipanaskan, dan mereka pun bertawakkal kepada tuhan mereka, kemudian Ukasyah bin Muhshon berdiri dan berkata: mohonkanlah kepada Allah agar aku termasuk golongan mereka, kemudian Rasul bersabda: "ya, engkau termasuk golongan mereka", kemudian seseorang yang lain berdiri juga dan berkata: mohonkanlah kepada Allah agar aku juga termasuk golongan mereka, Rasul menjawab: "Kamu sudah kedahuluanUkasyah"(HR. Bukhori dan Muslim)


Kandungan bab ini:

1-Mengetahui adanya tingkatan tingkatan manusia dalam bertauhid.

2-Pengertian mengamalkan tauhid dengan semurni-murninya.

3-Pujian Allah kepada Nabi Ibrahim, kerana beliau tidak pernah melakukan kemusyrikan.

4-Pujian Allah kepada tokoh para wali Allah (para shahabat Rasulullah) kerana bersihnya diri mereka dari kemusyrikan.

5-Tidak meminta ruqyah, tidak meminta supaya lukanya ditempeli dengan besi yang panas, dan tidak melakukan tathoyyur adalah termasuk pengamalan tauhid yang murni.

6-Tawakkal kepada Allah adalah sifat yang mendasari sikap tersebut.

7-Dalamnya ilmu para sahabat, kerana mereka mengetahui bahawa orang-orang yang dinyatakan dalam hadis tersebut tidak akan mendapatkan kedudukan yang demikian tinggi kecuali dengan adanya pengamalan.

8-Semangatnya para sahabat untuk berlumba-lumba dalam mengerjakan amal kebaikan.

9-Keistimewaan umat Islam dengan kwantitas dan kwalitasnya.

10-Keutamaan para pengikut Nabi Musa.

11-Umat umat terdahulu telah ditampakkan kepada Nabi Muhammad s.a.w..

12-Setiap umat dikumpulkan sendiri-sendiri bersama para Nabinya.

13-Sedikitnya orang orang yang mengikuti ajakan para Nabi.

14-Nabi yang tidak mempunyai pengikut akan datang sendirian pada hari kiamat.

15-Manfaat dari pengetahuan ini adalah tidak silau dengan jumlah yang banyak dan tidak kecil hati dengan jumlah yang sedikit.

16-Diperbolehkan melakukan ruqyah disebabkan terkena ain dan sengatan.

17-Luasnya ilmu para ulama salaf, hal itu dapat diketahui dari ucapan Said bin Zubair: "Sungguh telah berbuat baik orang yang mengamalkan apa yang telah didengarnya, tetapi …", dengan demikian jelaslah bahawa hadis yang pertama tidak bertentangan dengan hadis yang kedua.

18-Kemuliaan sifat para ulama salaf, kerana ketulusan hati mereka, dan mereka tidak memuji seseorang dengan pujian yang dibuat buat.

19-Sabda Nabi: "Engkau termasuk golongan mereka" adalah salah satu dari tanda-tanda kenabian Beliau.

20-Keutamaan Ukasyah.

21-Penggunaan kata sindiran[13].

22-Kemuliaan akhlak Nabi Muhammad s.a.w..

_____________________________________

Catatan Kaki:

[10] Ruqyah, maksudnya di sini, ialah : penyembuhan dengan bacaan ayat ayat Al Qur'an atau doa doa.

[11] Ain, iaitu : pengaruh jahat yang disebabkan oleh rasa dengki seseorang, melalui pandangan matanya. Disebut juga penyakit mata.

[12] Tathoyyur ialah : merasa pesimis, merasa bernasib sial, atau meramal nasib buruk kerana melihat burung, binatang lainnya atau apa saja.

[13] Kerana beliau bersabda kepada seseorang : "Kamu sudah kedahuluan Ukasyah", dan tidak bersabda kepadanya : "Kamu tidak pantas untuk dimasukkan ke dalam golongan mereka".

Bab 2: Keistimewaan Tauhid Dan Dosa Dosa Yang Diampuni Kerananya

Firman Allah s.w.t.:

    “Orang orang yang beriman dan tidak menodai keimanan [5] mereka dengan kedzoliman (kemusyrikan) [6], mereka itulah orang-orang yang mendapat ketentraman dan mereka itulah orang orang yang mendapat jalan hidayah”, (QS. Al An'am, 82).

    Ubadah bin Shomit r.a. menuturkan: Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Barang siapa yang bersyahadat [7] bahawa tidak ada sesembahan yang hak (benar) selain Allah saja, tiada sekutu bagiNya, dan Muhammad adalah hamba dan RasulNya, dan bahawa Isa adalah hamba dan RasulNya, dan kalimatNya yang disampaikan kepada Maryam, serta Ruh dari padaNya, dan syurga itu benar adanya, neraka juga benar adanya, maka Allah pasti memasukkanya kedalam syurga, betapapun amal yang telah diperbuatnya". (HR. Bukhori & Muslim)

    Imam Bukhori dan Muslim meriwayatkan pula hadis dari Itban r.a. bahawa Rasulullah bersabda:

    "Sesungguhnya Allah s.w.t. mengharamkan neraka bagi orang orang yang mengucapkan “la Ilaha Illallah” dengan ikhlas dan hanya mengharapkan (pahala melihat) wajah Allah".

    Diriwayatkan dari Abu Said Al Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Musa berkata: "Ya Rabb, ajarkanlah kepadaku sesuatu untuk mengingatMu dan berdoa kepadaMu", Allah berfirman: "ucapkan hai Musa La Ilaha Illallah", Musa berkata: "ya Rabb, semua hambaMu mengucapkan itu", Allah menjawab: "Hai Musa, seandainya ketujuh langit serta seluruh penghuninya - selain Aku - dan ketujuh bumi diletakkan dalam satu timbangan dan kalimat "La Ilaha Illallah" diletakkan dalam timbangan yang lain, niscaya kalimat "La Ilaha Illallah" lebih berat timbangannya." (HR. Ibnu Hibban, dan imam Hakim sekaligus menshohehkannya).

    Imam Tirmidzi meriwayatkan hadis (yang menurut penilaianya hadis itu hasan) dari Anas bin Malik r.a. ia berkata aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Allah s.w.t. berfirman: "Hai anak Adam, jika engkau datang kepadaKu dengan membawa dosa sejagat raya, dan engkau ketika mati dalam keadaan tidak menyekutukanKu dengan sesuatupun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan membawa ampunan sejagat raya pula".


Kandungan bab ini:

1-Luasnya kurnia Allah s.w.t..

2-Besarnya pahala tauhid di sisi Allah s.w.t..

3-Dan tauhid juga dapat menghapus dosa.

4-Penjelasan tentang ayat yang ada dalam surah Al - An'am.

5-Perhatikan kelima masalah yang ada dalam hadis Ubadah.

6-Jika anda memadukan antara hadis Ubadah, hadis Itban dan hadis sesudahnya, maka akan jelas bagi anda pengertian kalimat “la Ilaha Illallah”, juga kesalahan orang-orang yang tersesat kerana hawa nafsunya.

7-Perlu diperhatikan syarat-syarat yang disebutkan dalam hadis Itban, (iaitu ikhlas semata-mata kerana Allah, dan tidak menyekutukanNya).

8-Para Nabipun perlu diingatkan akan keistimewaan “la Ilaha Illallah”.

9-Penjelasan bahawa kalimat “la Ilaha Illallah” berat timbangannya mengungguli berat timbangan seluruh makhluk, padahal ramai orang yang mengucapkan kalimat tersebut.

10-Pernyataan bahawa bumi itu tujuh lapis seperti halnya langit.

11-Langit dan bumi itu ada penghuninya.

12-Menetapkan sifat sifat Allah apa adanya, berbeza dengan pendapat Asy'ariyah[8].

13-Jika anda memahami hadis Anas, maka anda akan mengetahui bahawa sabda Rasul yang ada dalam hadis Itban: "sesungguhnya Allah mengharamkan masuk neraka bagi orang orang yang mengucapkan “la Ilaha Illallah” dengan penuh ihlas kerana Allah, dan tidak menyekutukanNya", maksudnya adalah tidak menyekutukan Allah dengan sesuatupun, bukan hanya mengucapkan kalimat tersebut dengan lisan saja.

14-Nabi Muhammad dan Nabi Isa adalah sama-sama hamba Allah dan RasulNya.

15-Mengetahui keistimewaan Nabi Isa, sebagai Kalimat Allah[9].

16-Mengetahui bahawa Nabi Isa adalah ruh diantara ruh-ruh yang diciptakan Allah.

17-Mengetahui keistimewaan iman kepada kebenaran adanya syurga dan neraka.

18-Memahami sabda Rasul: "betapapun amal yang telah dikerjakannya".

19-Mengetahui bahawa timbangan itu mempunyai dua daun.

20- Mengetahui kebenaran adanya wajah bagi Allah.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[5] Iman ialah : ucapan hati dan lisan yang disertai dengan perbuatan, diiringi dengan ketulusan niat kerana Allah, dan dilandasi dengan berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah s.a.w..

[6] Syirik disebut kezholiman kerana syirik adalah menempatkan suatu ibadah tidak pada tempatnya, dan memberikannya kepada yang tidak berhak menerimanya.

[7] Syahadat ialah : persaksian dengan hati dan lisan, dengan mengerti maknanya dan mengamalkan apa yang menjadi tuntutannya, baik lahir mahupun batin.

[8] Asy'ariyah adalah salah satu aliran teologis, pengikut Syekh Abu Hasan Ali bin Ismail Al Asy'ari (260 - 324 H = 874 - 936 M). Dan maksud penulis di sini ialah menetapkan sifat sifat Allah sebagaimana yang disebutkan dalam Al Qur'an mahupun As sunnah. Termasuk sifat yang ditetapkan adalah kebenaran adanya wajah bagi Allah, mengikuti cara yang diamalkan kaum salaf soleh dalam masalah ini, iaitu : mengimani kebesaran sifat sifat Allah yang dituturkan Al Qur'an dan As sunnah tanpa tahrif, ta'thil, takyif dan tamtsil. Adapun Asy'ariyah, sebahagian mereka ada yang menta'wilkannya (menafsirinya dengan makna yang menyimpang dari makna yang sebenarnya) dengan dalih bahawa hal itu jika tidak dita'wilkan bisa menimbulkan tasybih (penyerupaan) Allah dengan makhlukNya, akan tetapi perlu diketahui bahawa Syekh Abu Hasan sendiri dalam masalah ini telah menyatakan berpegang teguh dengan madzhab salaf soleh, sebagaimana beliau nyatakan dalam kitab yang ditulis di akhir hidupnya, iaitu Al Ibanah 'an ushulid diyanah (editor : Abdul Qodir Al Arnauth, Bairut, makatabah darul bayan, 1401 H) bahkan dalam karyanya ini beliau mengkritik dan menyanggah tindakan ta'wil yang dilakukan oleh orang orang yang menyimpang dari madzhab salaf.

[9] Kalimat Allah maksudnya bahawa Nabi Isa itu diciptakan Allah dengan firmanNya "Kun" (jadilah) yang disampaikan Nya kepada Maryam melalui malaikat Jibril.

Bab 1: Tauhid [Hakikat Dan Kedudukannya]

Firman Allah s.w.t.:

    “Tidak Aku ciptakan jin dan Manusia melainkan hanya untuk beribadah[1] kepada-Ku.” (QS. Adz -Dzariyat, 56).

    “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan) "Beribadalah kepada Allah (saja) dan jauhilah thoghut.”[2] (QS. An - Nahl, 36).

    “Dan tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan beribadah kecuali hanya kepada-Nya, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan, dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” (QS. Al - Isra', 23- 24).

    “Katakanlah (Muhammad) marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh Tuhanmua, iaitu " Janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang tuamu, dan janganlah kamu membunuh anak anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami akan memberi rizki kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu mendekati perbuatan perbuatan yang keji, baik yang nampak diantaranya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu yang diperintahkan oleh Tuhanmu kepadamu supaya kamu memahami (nya). Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun dia adalah kerabat(mu). Dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat. Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.” (QS. Al - An'am, 151- 153).

    Ibnu Mas'ud r.a. berkata: "Barang siapa yang ingin melihat wasiat Muhammad s.a.w. yang tertera di atasnya cincin stempel milik beliau, maka supaya membaca firman Allah s.w.t.: "Katakanlah (Muhammad) marilah kubacakan apa yang diharamkan kepadamu oleh Tuhanmu, iaitu "Janganlah kamu berbuat syirik sedikitpun kepadaNya, dan "Sungguh inilah jalan-Ku berada dalam keadaan lurus, maka ikutilah jalan tersebut, dan janganlah kalian ikuti jalan-jalan yang lain. [3] "

    Mu'adz bin Jabal r.a. berkata:

    "Aku pernah diboncengkan Nabi s.a.w. di atas keledai, kemudian beliau berkata kepadaku: " wahai muadz, tahukah kamu apakah hak Allah yang harus dipenuhi oleh hamba-hambaNya, dan apa hak hamba-hambaNya yang pasti dipenuhi oleh Allah?, Aku menjawab: "Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui", kemudian beliau bersabda: "Hak Allah yang harus dipenuhi oleh hamba-hambaNya ialah hendaknya mereka beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun, sedangkan hak hamba yang pasti dipenuhi oleh Allah ialah bahawa Allah tidak akan menyiksa orang orang yang tidak menyekutukanNya dengan sesuatupun, lalu aku bertanya: ya Rasulullah, bolehkah aku menyampaikan berita gembira ini kepada orang-orang?, beliau menjawab: "Jangan engkau lakukan itu, kerana khuwatir mereka nanti bersikap pasrah" (HR. Bukhari, Muslim).


Pelajaran penting yang terkandung dalam bab ini:

1-Hikmah diciptakannya jin dan manusia oleh Allah s.w.t..

2-Ibadah adalah hakikat (tauhid), sebab pertentangan yang terjadi antara Rasulullah s.a.w. dengan kaumnya adalah dalam masalah tauhid ini.

3-Barang siapa yang belum merealisasikan tauhid ini dalam hidupnya, maka ia belum beribadah (menghamba) kepada Allah s.w.t.. inilah sebenarnya makna firman Allah: “Dan sekali-kali kamu sekalian bukanlah penyembah (Tuhan) yang aku sembah” (QS. Al Kafirun, 3)

4- Hikmah diutusnya para Rasul[adalah untuk menyeru kepada tauhid, dan melarang kemusyrikan].

5-Misi diutusnya para Rasul itu untuk seluruh umat.

6-Ajaran para Nabi adalah satu, iaitu tauhid [mengesakan Allah s.w.t. saja].

7-Masalah yang sangat penting adalah: bahawa ibadah kepada Allah s.w.t. tidak akan terealisasi dengan benar kecuali dengan adanya pengingkaran terhadap thoghut.

Dan inilah maksud dari firman Allah s.w.t.: “Barang siapa yang mengingkari thoghut dan beriman kepada Allah, maka ia benar benar telah berpegang teguh kepada tali yang paling kuat” (QS. Al Baqarah, 256).

8-Pengertian thoghut bersifat umum, mencakup semua yang diagungkan selain Allah s.w.t..

9-Ketiga ayat muhkamat yang terdapat dalam surah Al - An'am menurut para ulama salaf penting kedudukannya, di dalamnya ada 10 pelajaran penting, yang pertama adalah larangan berbuat kemusyrikan.

10-Ayat ayat muhkamat yang terdapat dalam surah Al Isra mengandungi 18 masalah, dimulai dengan firman Allah: “Janganlah kamu menjadikan bersama Allah sesembahan yang lain, agar kamu tidak menjadi terhina lagi tercela” (QS. Al Isra', 22).

Dan diakhiri dengan firmanNya: “Dan janganlah kamu menjadikan bersama Allah sesembahan yang lain, sehingga kamu (nantinya) dicampakan kedalam neraka jahannam dalam keadaan tercela, dijauhkan (dari rahmat Allah)” (QS. Al Isra', 39).

Dan Allah mengingatkan kita pula tentang pentingnya masalah ini, dengan firmanNya: “Itulah sebahagian hikmah yang diwahyukan Tuhanmu kepadamu” (QS. Al Isra', 39).

11-Satu ayat yang terdapat dalam surah An-Nisa', disebutkan didalamnya 10 hak, yang pertama Allah memulainya dengan firmanNya:

“Beribadahlah kamu sekalian kepada Allah (saja), dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun.” (QS. An - Nisa', 36).

12-Perlu diingat wasiat Rasulullah s.a.w. di saat akhir hayat beliau.

13-Mengetahui hak hak Allah yang wajib kita laksanakan.

14-Mengetahui hak hak hamba yang pasti akan dipenuhi oleh Allah apabila mereka malaksanakanya.

15-Masalah ini tidak diketahui oleh sebahagian basar para sahabat [4].

16-Boleh merahasiakan ilmu pengetahuan untuk maslahah.

17-Dianjurkan untuk menyampaikan berita yang menggembirakan kepada sesama muslim.

18-Rasulullah s.a.w. merasa khuwatir terhadap sikap menyandarkan diri kepada keluasan rahmat Allah.

19-Jawapan orang yang ditanya, sedangkan dia tidak mengetahui adalah: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.

20-Diperbolehkan memberikan ilmu kepada orang tertentu saja, tanpa yang lain.

21-Kerendahan hati Rasulullah s.a.w., sehingga beliau hanya naik keledai, serta mahu memboncengkan salah seorang dari sahabatnya.

22-Boleh memboncengkan seseorang diatas binatang, jika memang binatang itu kuat.

23-Keutamaan Muadz bin Jabal.

24-Tauhid mempunyai kedudukan yang sangat penting.

_____________________________________

Catatan Kaki:

[1] Ibadah ialah penghambaan diri kepada Allah ta'ala dengan mentaati segala perintah Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, sebagaimana yang telah disampaikan oleh Rasulullah saw. Dan inilah hakikat agama Islam, kerana Islam maknanya ialah penyerahan diri kepada Allah semata, yang disertai dengan kepatuhan mutlak kepada Nya, dengan penuh rasa rendah diri dan cinta.

Ibadah bererti juga segala perkataan dan perbuatan, baik lahir mahupun batin, yang dicintai dan diridloi oleh Allah. Dan suatu amal akan diterima oleh Allah sebagai ibadah apabila diniati dengan ikhlas kerana Allah semata ; dan mengikuti tuntunan Rasulullah saw.

[2] Thoghut ialah : setiap yang diagungkan - selain Allah - dengan disembah, ditaati, atau dipatuhi ; baik yang diagungkan itu berupa batu, manusia ataupun syaitan.

Menjauhi thoghut bererti mengingkarinya, tidak menyembah dan memujanya, dalam bentuk dan cara apapun.

[3] Atsar ini diriwayatkan oleh At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Abi Hatim.

[4] Tidak diketahui oleh sebahagian besar para sahabat, kerana Rasulullah menyuruh Muadz agar tidak memberitahukannya kepada meraka, dengan alasan beliau khuwatir kalau mereka nanti akan bersikap menyandarkan diri kepada keluasan rahmat Allah. Sehingga tidak mahu berlumba lumba dalam mengerjakan amal soleh. Maka Mu'adz pun tidak memberitahukan masalah tersebut, kecuali di akhir hayatnya dengan rasa berdosa. Oleh sebab itu, di masa hidup Mu'adz masalah ini tidak diketahui oleh kebanyakan sahabat.

KITAB TAUHID

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kata Pengantar

           Bab 1:  Tauhid [hakikat dan kedudukannya]
           Bab 2:  Keistimewaan tauhid dan dosa dosa yang diampuni kerananya
           Bab 3:  Mengamalkan tauhid dengan semurninya boleh menyebabkan masuk syurga tanpa hisab
           Bab 4:  Takut kepada syirik
           Bab 5:  Dakwah kepada syahadat “La Ilaha Illallah”
           Bab 6:  Penjelasan tentang makna tauhid dan syahadat “La Ilaha Illallah”
           Bab 7:  Memakai gelang dan sejenisnya untuk menangkal bahaya adalah perbuatan syirik
           Bab 8:  Ruqyah dan Tamimah
           Bab 9:  Minta berkah kepada pepohonan, bebatuan atau yang sejenisnya
         Bab 10:  Menyembelih binatang bukan kerana Allah s.w.t.
         Bab 11:  Menyembelih kerana Allah, dilarang dilakukan di tempat penyembelihan bukan kerana Allah
         Bab 12:  Bernazar untuk selain Allah adalah syirik
         Bab 13:  Meminta perlindungan kepada selain Allah adalah syirik
         Bab 14:  Berdo’a kepada selain Allah adalah syirik
         Bab 15:  Ibadah itu hak milik Allah
         Bab 16:  Malaikat makhluk yang perkasa bersujud kepada Allah
         Bab 17:  Syafa’at
         Bab 18:  Nabi tidak dapat memberi hidayah kecuali dengan kehendak Allah
         Bab 19:  Penyebab utama kekafiran adalah berlebih lebihan dalam mengagungkan orang orang soleh
         Bab 20:  Larangan beribadah kepada Allah di sisi kubur
         Bab 21:  Berlebih terhadap kubur orang soleh menjadi sebab dijadikannya sesembahan selain Allah
         Bab 22:  Upaya Rasulullah dalam menjaga tauhid dan menutup setiap jalan yang menuju kepada syirik
         Bab 23:  Penjelasan bahawa sebahagian umat ini ada yang menyembah berhala
         Bab 24:  Hukum sihir
         Bab 25:  Macam macam sihir
         Bab 26:  Dukun, tukang ramal dan sejenisnya
         Bab 27:  Nusyrah
         Bab 28:  Tathoyyur
         Bab 29:  Ilmu nujum (Perbintangan)
         Bab 30:  Menisbatkan turunnya hujan kepada binatang
         Bab 31:  Cinta kepada Allah
         Bab 32:  Takut kepada Allah
         Bab 33:  Tawakkal kepada Allah
         Bab 34:  Merasa aman dari siksa Allah dan berputus asa dari RahmatNya
         Bab 35:  Sabar terhadap takdir Allah adalah bahagian dari Iman
         Bab 36:  Riya’
         Bab 37:  Beramal soleh untuk kepentingan dunia adalah syirik
         Bab 38:  Mentaati ulama & umara’ dalam menghalalkan yang haram & sebaliknya syirik
         Bab 39:  Berhakim kepada selain Allah
         Bab 40:  Mengingkari sebahagian Asma’ dan Sifat Allah
         Bab 41:  Ingkar terhadap ni’mat Allah
         Bab 42:  Larangan menjadikan sekutu buat Allah
         Bab 43:  Tidak rela terhadap sumpah yang menggunakan nama Allah
         Bab 44:  Ucapan: “Atas kehendak Allah dan kehendakmu”
         Bab 45:  Mencaci masa bererti mencaci Allah
         Bab 46:  Penggunaan gelar “qodli qudlot” [hakimnya para hakim]
         Bab 47:  Memuliakan nama nama Allah
         Bab 48:  Bersenda gurau dengan menyebut nama Allah, Al Qur’an atau Rasulullah s.a.w.
         Bab 49:  Mensyukuri ni’mat Allah
         Bab 50:  Memberi nama yang diperhambakan kepada selain Allah
         Bab 51:  Penetapan Al Asma’ul Husna hanya untuk Allah
         Bab 52:  Larangan mengucapkan “As salamu alallah”
         Bab 53:  Ucapan “Ampunilah aku jika engkau menghendaki”
         Bab 54:  Larangan mengucapkan “Hambaku”
         Bab 55:  Larangan menolak permintaan yang menyebut nama Allah
         Bab 56:  Larangan meminta sesuatu dengan menyebut nama Allah kecuali syurga
         Bab 57:  Ucapan “Seandainya”
         Bab 58:  Larangan mencaci maki angin
         Bab 59:  Larangan berprasangka buruk kepada Allah
         Bab 60:  Mengingkari takdir
         Bab 61:  Orang yang menggambar (Mushowwir)
         Bab 62:  Larangan banyak bersumpah
         Bab 63:  Perjanjian Allah dan perjanjian NabiNya
         Bab 64:  Larangan bersumpah mendahului Allah
         Bab 65:  Larangan menjadikan Allah sebagai wasilah kepada mahlukNya
         Bab 66:  Upaya Rasulullah SAW dalam menjaga kesucian tauhid
         Bab 67:  Keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t.

    Daftar Istilah



“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik),
mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang
mendapat hidayah petunjuk.” [Qur’an, Surah Al-An’aam 6: 82]

Feedback