Minggu, 13 Januari 2013

Bab 10: Menyembelih Binatang Bukan Kerana Allah

Firman Allah s.w.t.:

    “Katakanlah, bahawa sesungguhnya shalatku, penyembelihanku, hidupku dan matiku hanya semata-mata untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu bagiNya, demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)” (QS. Al An'am, 162-163).

    “Maka dirikanlah sholat untuk Rabbmu, dan sembelihlah korban(untukNya)” (QS. Al Kautsar, 2)

    Ali bin Abi Tholib r.a. berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda kepadaku tentang empat perkara:

    "Allah melaknat orang-orang yang menyembelih binatang bukan kerena Allah, Allah melaknat orang-orang yang melaknat kedua orang tuanya, Allah melaknat orang-orang yang melindungi orang yang berbuat kejahatan, dan Allah melaknat orang-orang yang merubah tanda batas tanah" (HR. Muslim)

    Thoriq bin Syihab r.a. menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    "Ada seseorang yang masuk syurga kerana seekor lalat, dan ada lagi yang masuk neraka kerana seekor lalat pula, para sahabat bertanya: bagaimana itu boleh terjadi ya Rasulullah, Rasul menjawab: "ada dua orang berjalan melalui sekelompok orang yang memiliki berhala, yang mana tidak boleh seorangpun melaluinya kecuali dengan mempersembahkan sembelihan binatang untuknya lebih dahulu, maka mereka berkata kepada salah satu diantara kedua orang tadi: persembahkanlah sesuatu untuknya, ia menjawab: saya tidak mempunyai apapun yang akan saya persembahkan untuknya, mereka berkata lagi: persembahkan untuknya walaupun dengan seekor lalat, maka iapun persembahkan untuknya seekor lalat, maka mereka lepaskan ia untuk meneruskan perjalanannya, dan iapun masuk kedalam neraka kerananya, kemudian mereka berkata lagi pada seseorang yang lain: persembahkalah untuknya sesuatu, ia menjawab: aku tidak akan mempersembahkan sesuatu apapun untuk selain Allah, maka merekapun memenggal lehernya, dan iapun masuk kedalam syurga" (HR. Ahmad).


Kandungan bab ini:

1-Penjelasan tentang makna ayat ...
2-Penjelasan tentang makna ayat ....

3-Orang yang pertama kali dilaknat oleh Allah berdasarkan hadis diatas adalah orang yang menyembelih kerana selain Allah.

4-Dilaknat orang yang melaknat kedua orang tuanya, hal itu boleh terjadi bila ia melaknat kedua orang tua seseorang, lalu orang tersebut melaknat kedua orang tuanya.

5-Dilaknat orang yang melindungi pelaku kajahatan, iaitu orang yang memberikan perlindungan kepada seseorang yang melakukan kejahatan yang wajib diterapkan kepadanya hukum Allah.

6-Dilaknat pula orang yang merubah tanda batas tanah, iaitu merubah tanda yang membezakan antara hak milik seseorang dengan hak milik tetangganya, dengan digeser maju atau mundur.

7-Ada perbezaan antara melaknat orang tertentu dengan melaknat orang-orang ahli maksiat secara umum.

8-Adanya kisah besar dalam hadis ini, iaitu kisah seekor lalat.

9-Masuknya orang tersebut kedalam neraka disebabkan kerana mempersembahkan seekor lalat yang ia sendiri tidak sengaja berbuat demikian, tapi ia melakukan hal tersebut untuk melepaskan diri dari perlakuan buruk para pemuja berhala itu.

10-Mengetahui kadar kemusyrikan yang ada dalam hati orang orang mukmin, bagaimana ketabahan hatinya dalam menghadapi eksekusi hukuman mati dan penolakannya untuk memenuhi permintaan mereka, padahal mereka tidak meminta kecuali amalan lahiriyah saja.

11-Orang yang masuk neraka dalam hadis ini adalah orang Islam, kerana jika ia orang kafir, maka Rasulullah s.a.w. tidak akan bersabda: " … masuk neraka kerana sebab lalat ..."

12-Hadis ini merupakan suatu bukti bagi hadis shoheh yang mengatakan: "Syurga itu lebih dekat kepada seseorang dari pada tali sandalnya sendiri, dan neraka juga demikian"

14-Mengetahui bahawa amalan hati adalah tolok ukur yang sangat penting, walaupun bagi para pemuja berhala.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar